anak di sini sihat sejahtera, mummy.

salam perantauan,
kehadapan emak tersayang di teluk intan. anna tergorges di kedah berada dalam keadaan yang terlampau sihat. harap emak jugak berada dalam keadaan sihat terlampau seperti anak mu ini. emak tersayang, anna tergorges nak bagi tahu yang anna di sini sungguh bahagia. hari hari anna indah belaka. makan anna, sunggu terlampau cukup. tidur anna jugak kadang kadang "overdose" (bermaksud over dose). harap emak bahagia mendengar berita ni. dekat hampir sebulan anna tak balik ke kampung halaman, ini di sebabkan anna takda duit jugak takda masa nak balik. setiap khamis petang anak emak harus mengikuti program koko yang di beri nama KESAT. walaupun di sudut kamar hati anak emak ini memang taknak pergi, tapi apakan daya. itu adat resam uitm, kena wajib join. anna mintak maaf sebab terpaksa cakap campur campur bahasa dengan emak. al maklumlah sekali lagi, anak emak ni dah jadi anak tergoges. jadi kena cakap dua bahasa. baru lebih hot. atas bahasa kampuung kita panas. emak, anna sangat merindukan emak. setiap hari, sebelum anna tidur anna mesti menangis atau bahasa hotties DOK TERIAK. rindu kan emak, rindukan bebelan emak. jugak sangat merindukan sup ayam emak :( emak, anna sedang nanges sambil tulis surat ini untuk emak. emak ! emak!
emak, walaupun makanan dekat sini sedap dan terlampau sedap tapi air tangan emak jugak paling sedap. setiap hari anna akan membilang hari untuk pulang ke kampung halaman. emak, ayah sihat kah? ayah mesti sibuk dengar ceramah Pkr kan emak? adik adik macam mana emak? mesti balqis makin kuat berangan kan emak? harap emak sabar dengan balqis yang suka berangan konon konon dia selena gomez walhal dia kembar ramlah ram. harap mak sabar. emak, dekat sini. setiap hari ahad, anna mesti bangun lambat untuk ke kelas. kelas pukul 9, dan anna akan terjaga pukul 8. emak, kantoi kan anna terlepas subuh? ini semua sebab hasutan jin hidup rakan sebilik emak, diaorang suka cakap "awai lagi, awat tidokkk dah awai lagi " mak tahu kan kelemahan anak emak? pantang di goda, pastinya pergi. emak, anna dekat sini sejujurnya nak bagi tahu. anna makan terlampau banyak. sebab anna menjadi kejutan budaya bila tengok makanan murah. murah mak !murah !sangat murah sampai menyebabkan perot anna sudah ada 5.4 lapis emak. anna harap emak tak tercekik biji durian membaca surat ini. emak, sekarang musim durian bukan? anna harap mak tak curi cuuri mkan durian. ingat mak, makan durian sendawa kawwwww ! jauhikan mak. emak, minggu depan 23 haribulan anna pulang ke kampung. anna harap emak gembira mendengar berita ini. anna nak mak sediakan menu masakan yang enak enak belaka. contoh seperti
  • sup ayam ayam banyak
  • sup ayam ayam berisi
  • sup ayam ayam gemuk gemuk
  • sup ayam ayam berlambak
  • sup ayam ayam jantan
  • sup ayam hasil tangan emak
anna harap semua menu di atas emak akan hidang untuk anna. anna merindunya mak, sangat merinduinyaaaa. emak,kawan kawan anna disini semua tenang berkawan dengan anna. ada yang kata anna suka perasan, ada yang kata anna cakap tanpa henti. macam macam mereka cakap, tapi sikit anna tak hairan sebab annatahu tanpa anna hari hari mereka akan masam. maksud nya muram mak. emak, tangan anna dah kedut kedut untuk tulis lebih panjang. ada masa anna kirim surat lagi ya mak. mak, tolong kirim salam dekat postmen yang post surat ni dekat mak. pastikan tangan postmen tu bersih dari korek hidung emak.

harap emak enjoy dengan gambar gambar anak tergoges mu ini.
setiap malam, gambar ni yang anna tatap. gemuknya si baju hitam tu mak, kenapa mak lahirkan anak segemuk itu?
ini hari pertama anna ke kelas mak. mak cakap dengan ayah, anna mintak maaf sebab terpaksa jadi puteri umno.
mak, anna harap mak bersabar. yang belakang tu semestinya bukan kekasih anna. anna masih single but not available mak.
ini wajah gembira anak emak, harap emak disana jugak gembira melihat gambar berok anak emak ini.
sikit lagi, badan anna bakal bersaiz besar pintu belakang tu. harap mak tabah.
pastinya mak sejuk hati bila tengok  gambar anak emak belajar. tapi anna bohong, sebenarnya masa gambar ni lecturer bercakap di depan anna bergambar di belakang. ini salah satu habitat kami mak, maafkan anna emak.


Yang tercantik,
anakmu tergorges.

No comments:

Post a Comment