kelas drawing. apekehei?

orang suka cakap. "kata kata itu doa" sememangnya, dan saya sokong.

kalau kita asik kata kita buruk kita buruk padehal kita tau kita  cun juga hot tapi sebab nak orang sebelah cakap "eh kau tak buruuk kau cun mcm lindsay lohan" punya pasal.sanggup ah cakap diri buruk sampai lama lama kita jadi buruk macam berok kan?

okay ini semua cerita nobita dengan sizuka sebenarnya.

okaylah, isnin ni kan i ada LAST PAPER UNTUK SPM , seni. ert. ert masih boleh goreng dengan hanya membaca kan, habis seni? apekehei apekehei. nak lukis? OH MI GOD. tangan i ni selalu angkat gas je. tangan i ni selalu baling batu dekat orang je. tangan i ni selalu sepak orang je. so dah tentutentu ah tangan keras memang tak lembut kan? memang bukan tangan seni. memang bukan tangan untuk melukis apetah lagi menari zapin kan?

soalan ada lima, tapi kena pilih satu je. nak mati keras ke lukis lima lima? lukis satu pun macam nak meneran taik keras susahnya. apa lagi lima?  so i pilih soalan number berapa tak pasti yang penting ayat soalan tu "anda ke kedai ikan bla bla bla dan anda tertarik dengan ikan laga bla bla bla" okay maaf, i tak hafal soalan tu sebab dalam exam nanti dia tak tanya apa ayat soalan yang anda pilih? dia suruh lukis berdasarkan soalan yang kita baca. okay cut cut cut pendek cerita, kena lukis ikan laga.

mampukan kita lukis ikan laga? mampukah? nampak macam senang boleh goreng masak cili kering kan? tapi tak fikir ikan tu nak lukis kena lenggok kenal inul dangdut. haaaaaaaaa. apekehei apeekehei?

jangan sampai lukis ikan laga jadi naga !

i tak habis habis cakap "riso nya lukis ikan laga jadi naga, acane mak acane ngah" haaaaaaaaa. cakap 100 kali. memang betul betul jadi naga.

i rasa . perasaan i sekarang merasakan, nak suruh mak register kan kelas drawing esok. walaupun isnin tu i exam, i rasa i darurat. sangat memerlukan, so mak please. saya mahukan kelas melukis untuk esok, mak mungkin akan jawab " BOLEH SUANA UNTUK ADIK MAK KASI APE JE SEBELUM KE KELAS TU MARI MAK LEMPANG KAU 44 KALI , DAH NAK TERBERAK BARU NAK CARI LUBANG NI LAH KAMU DARI KECIK SAMPAI BESAR DARI KURUS SAMPAI GEMUK DARI GEMUK SAMPAI KING KONG PERANGAI TAK PERNAH NAK UBAH"

ada ke orang tak nak berak tapi saja saja nak cari lubang jamban? HAHAHA takde kan takde kan takde kan?

saya tak tahu apa hasilnya kertas lukisan saya hari isnin ni. mungkinkah menjadi naga? mungkin kah menjadi biawak? atau mungkin akan menjadi buaya ? ikan kan sama sikit sikit macam binatang binatang ni.

tolong doakan ia nya berjaya. kalau dapat A , i belanja you all choki choki dua hari 3 malam.

No comments:

Post a Comment